Tuesday, July 7, 2009

Mistik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dah lebih kurang 4 hari tak update blog aku nih..Nak crita sikit.. Hari sabtu lepas aku dan family pergi kenduri kahwin kak shadah. Dah habis makan kami org pompuan ni pi masuk dlm rumah pengantin. Kebetulan masa tu ke 2 mempelai baru sampai..tak sampai 10 minit depa dok kalut bergambar tiba2 salah seorang dari family pengantin lelaki jatuh pengsan. Keadaan kecohlah sikit, dgn persembahan silat yg baru nk mulakan terpaksa di batalkan ats sebab2 tertentu.
Bila keaadaan sedikit terkawal, aku dan family pun beredar dr rumah kenduri. Maklumlah semua katering, tak payah la bermentara2 hehehe..selamat...

Bila sampai saja rumah mak, aku pun cerita apa yang berlaku tadi..kebetulan Yop(azian's hubby)n my hubby pun buka lagi 1 punya cerita...masa depa tengah dok makan, kat meja sebelah ada sorang pakcik sedang asyik menjamu selera..tiba2 gelas pakcik ni yang berisi sirap(sejuk) pecah berkecai di ats meja...apa lg terus yop dgn telahannya berkata"ni mesti ada org nk TRY ni.."(ada org nk buat kacau majlis)..pastu dh selesai semua hari ini kak shadah fon aku, saja nk ucapkan terima kasih kat family aku coz turun padang gotong royong sehari sebelum kenduri..No hal la kak, benda kecik jer...pastu aku pun storyla kat dia pasal kejadian mistik haritu..dia pun terkejutla juga..Tapi dia memang rasa lain dlm pukul 11 pagi-12.30 t/hari..yela suspenla tunggu tetamu sorang pun tak nampak..agk2 dlm pukul 1ptg barula nampak tetamu dok mai..lega la sikit.Apapun syukur Alhamdulillah tak ada kejadian tidak diingini berlaku pada majlis tu..



Lagi 1 cerita ni ttg sahabat (pangkat adik-baru 21thn) lama aku kat Bishop Street. Lps je balik dari kenduri kak shadah, aku dikejutkan oleh berita sedih dari Farid-kwn baik kepada adik ni(staff sana gak). Dia bgtau shbt kami yg bernama Zainal (@nickname dia ni BUJAB) kritikal dan perlu dimasukkan ke dlm ICU(GH,PP)..Astaghfirullah..aku apalagi terkejut sakan dgn berita ini..aku minta Farid ceritakan dari A2Z. Rupanya dia mula2 demam pastu terus muntah darah(berplastik2-byk sgguh). Doktor gtau paru2 dia ada jangkitan kuman..dan penyakit misteri...terus aku bayangkan santau.. dari cerita dr mula dia teruk selepas dia makan pulut durian..demam tak kebah2. aku pun kurang pasti betoi ka kalau kena santau tak boleh makan pulut???walllahu 'alam aku pun kurang arif dlm hal mcm ni.. so sekarang ni dia sdg dirawat di ICU,GHPP. Dan family Bujab masih berikhthiar samada moden mahupun tradisional. Masih tak sedarkan diri dari hari sabtu sampai ke hari ni..tetapi doktor inform dia stabil compare masa mula2 dia dimasukkan. Ya Allah sembuhlah, pulihlah sahabat kami Bujab..amin.. aku dan kawan2 yg lain selain membaca Surah Yasiin kami juga turut membaca doa yg ada dlm Surah Al-Ishra' ayat 82. Harapan aku moga Allah melindungi Bujab jauh dari iblis dan syaitan.

So, aku harap apa yg aku paparkan ini dpt memberi iktibar pada kita supaya kita setia dgn 5 perkara. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah Maha Pencipta, yang lemah itu dari kekurangan diri aku sendiri. Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment