Monday, December 14, 2009

shopping sakan...

Salam teramat rindu to all my friends, my fans whatsoever...konon2 byk fans la konon.. its ok.!

FYI, aku cuti 4 hari starting today onwards. Fuyoo...best giler nih....

So, rasanya nak ceritala sikit dah lama tak cerita ni kan! Yesterday bawak mak dan bapak pergi shopping kat Alamoda Lagenda Height,SP..amboi sales giler..niat tu nak beli kain baju sekolah utk ank2 ja..tapi melarat sampai ke kain ibu dan atoknya la pulak..

Lepas dah selesai kat kedai tu jumpala butik Ariani pulak..nasib baikla tersasar jalan kalau tak habisla poket aku ni..hahaha...nama pun perempuan..pi la tanya mana2 perempuan pun hobi dia mesti shopping kan???heheee...yang syoknya kali ni aku pergi shopping dengan mak dan bapak saja.. anak2 ikut hubby pergi rumah abang fuad, tolong hantar anak abang fuad, afif ke hostel cos dia ada lg 2 paper lagi for SPM'09. Itu yang meriah tu...tak ada gangguan langsung..fuh..bagai dunia ini ana yang punya..hehehee..

Tadi petang pulak saja ja terlintas nak ke JJ(Jaya Jusco) Perda..apalagi terus beritahu kat anak2 n Arfah terus on jer...pukul 6pm terus bertolak..Hujan Subhanallah punyala lebat!patutla dari tengahari tadi panas melilau...aku bawak anak kak azian 3 org, anak aku 2 org..jenuh jugak dok control budak2 ni terutama sekali si Adam yang kecik tu...hai..nak beli baju utk 2 org tp time tu depa nak buang itulah, nak buang inilah, lapaqla ...dahagala...hai...itula budak2..syok jugak cuti2 layan budak2 nih..release sikit tension kerja kat ofis tu...

Sedaq tak sedaq hampir pukul 9pm..baru pergi cari makanan, pastu terus balik..sampai kat rumah dlm pukul 10.15pm..Lepas je bersihkan budak2 depa terus 'pengsan'....apalagi letih berjalanla...kesian...

So, rasanya sampai di sini saja coretan dari aku. InsyaAllah jika diberikan keizinan untuk menulis akan aku coretkan lagi di dalam blog aku yang tak sepertinya ini.

Wassalam...




Wednesday, September 30, 2009

hujung bulan yang tenang...

Salam..hari ini adalah hari terakhir untuk bulan September 2009. selalunya hari2 sebegini adalah hari yang paling sibuk bagi aku merangkap orang kuat di jabatan /bahagian /department aku.

Tapi dengan tak di sangka2 buah cempedak dh jadi nangka..hari ini aku balik awai memandangkan target dah cukup...so, semua dah complete except satu benda jer..iaitu nak buat housekeepin & filing agreement yang belambak-lambak kat belakang tempat aku..benda tu semua nak kena ada mood betul2 baru boleh buat..lagipun masa tak mengizinkan asyik rushing benda yang lebih penting, tu yang membuatkan benda tu bertimbun2...

Lately ni, aku rasa betul2 tenang dan semangat bekerja pun lain macam jer..ntah kenapa agaknya..rasa gembira sekarang..tak seperti sebelum ni..rasa kosong jer..mungkin juga aku sekarang ni selalu mendengar tazkirah2 dari sahabat lamaku..hati aku rasa benar2 terisi dengan ilmu2 yang selalu dia ceritakan..sedikit sebanyak membuatkan aku selalu dan sentiasa merindui tazkirah darinya...

Oh dear....aku dah rasa ngantuk ni..nak kena tidoq awaila.. esok pulak partner cuti..so bersilat la sorang2..tata..titi..tutu..

Wassalam...

Sunday, September 27, 2009

..realiti rupanya..

salam untuk siapa saja yang sudi membaca renteten blog aku ni...

kali ini aku ingin bercerita sedikit tentang kisah yang aku fikirkan kolot masih ada di zaman realiti ini..itulah kehidupan ye tak..?ok..gini.. tak payahlah aku sebutkan nama-nama yang terlibat, tetapi hayatilah cerita ini sebahagian daripada pengajaran hidup kita.

Pada lebih kurang 20 tahun yang lepas..sepasang suami isteri yang bahagia bersama 3 orang ank lelaki mereka telah merantau ke luar negara. Ini adalah kerana si suami telah melanjutkan pelajaran ke sana. Di sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..Si suami diuji oleh kejujuran si isteri, lantas diceraikannya. Apalagi dengan anak-anak yang masih kecil, di bawa pulang untuk di serahkan kepada abang sendiri untuk di jaga sementara si suami terpaksa meneruskan pengajian di sanasehingga selesai. Selepas selesai semuanya, si suami balik ke tanahair untuk meneruskan hidup bersama anak-anak tanpa isteri di sisi.

Biasala bila duda beranak 3 (anak2nya pula semuanya lelaki), faham-faham sajalah..desakan demi desakan dari pihak yang menjaga anak-anaknya membuatkan dia terpaksa mencari seorang ibu ataupun mak tiri untuk memelihara mereka 3 beradik ini. Semua ini adalah ketentuan Allah SWT, kalau dah jodoh tu jodohlah...akhirnya si suami pun bernikah demi anak-anak walaupun perasaan sayang yang amat sangat masih ada di hatinya pada bekas isterinya dulu.

Anak-anak pula bila dah dapat pengganti mestilah tidak sama seperti ibu kandung sendiri kan. Banyak tekanan, banyak masalah dan macam-macam lagi..Dah tu pulak si ibu tiri adalah seorang wanita yang belum pernah dinikahi oleh sesiapapun(ank dara la...). Jadi, banyak lagilah masalahnya..

Di pendekkan cerita, bila sekarang barulah terbongkar segalanya..selepas 20 tahun barulah tersedar segala pokok pangkal ceritanya...nak tahu apadia??? tak sangka si ibu tiri yang selama ini menunjukkan manis di depan famili rupanya berperangai buruk di belakang (bukan saja2 nak cakap tapi mmg ada bukti pun). Si suami ini mmg ada banyak harta, tanah berekar-ekar, duit bertimbun-timbun..tiba-tiba bila si suami sakit, si isteri terus kata tak ada sesen pun duit untuk menjalani rawatan. Sehinggakan sanggup meyuruh si suami menjual lagi saki baki tanah yang berharga jutaan ringgit..apa sudah jadi??dh muflis ke? tanah-tanah si suami yang sebelum ini di jual berjuta ringgit telah di beli pula atas nama si isteri di kampung halaman si isteri 'tersayang'. Duit gaji yang berbelas ribu setiap bulan di pegang oleh si isteri rupanya...kad ATM pula memang sentiasa di pegang oleh si isteri...apa dah jadi pada lelaki yang bernama suami ini??

o..rupanya ada perancangan besar yang di buat oleh si isteri sebelum si suami itu terkubur sendiri...mungkin kerana takut dengan bayang sendiri kerana dia sendiri tiada anak untuk di warisi..

Entahla dunia..dunia..banyak pentingkan wang ringgit lagi dari harga diri..sekarang pula anak-anak barulah sedar dan bersepakat untuk buat sesuatu pada hak ayah mereka dan juga hak mereka sebagai anak lelaki. Entah tercapai ataupun tidak perancangan ini..semuanya ketentuan Ilahi...Wallah hu'alam bissawab..

Jadi kita sebagai hamba Allah yang naif ini, jangan terjebak dalam rentetan hidup ini..kerana kaya macamana sekalipun itu hanyalah pinjaman sementara dari Allah Taala, tidak boleh di bawa sampai ke liang lahat. Yang baik itu kita jadikan tauladan yang buruk itu jadikanlah sempadan untuk kita.

Semua yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang tidak baik itu adalah atas kelemahan diri ini sendiri.

Wassalam...

Thursday, September 24, 2009

Aku Wanita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-6 Syawal yang mulia..hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia.

Di kala ini hati aku berkata-kata sendirian, apakah yang aku cari dalam hidup aku ini?? Kadang-kadang jiwa aku kosong, kadang-kadang juga jiwa aku ingin memberontak, ingin meluahkan apa yang berkocak di dalam hati ini..tapi apakan daya..mungkin juga aku ini cuma seorang wanita biasa yang tidak mampu berbuat apa-apa. Mungkin juga aku hanya perlu berdoa dan terus berdoa untuk meneruskannya..atau aku hanya perlu banyak bersabar???

Ya..inilah kehidupan kan..walaupun riak wajah ceria bagai tidak pernah dirundung apa-apa masalah aku tetap akur..yang hidup mestilah diteruskan dengan tabah..aku perlu bangkit dengan semangat waja..dan aku perlu perbanyakkan zikir munajat kepada Allah Taala, beristifar & banyakkan menunaikan solat2 sunat tahajud, taubat serta banyak lagi..Ini mungkin juga kifarah atas dosa2 aku yang terdahulu supaya dapat aku bermuhasabah untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa kepadaNya.

Bukannya mahu mengenang kembali sejarah silam tetapi ingin berkongsi pengalaman. Sedikit madah untuk tatapan..
"Jangan di simpan kata-kata cinta itu pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan itu di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...
"

Hahaa....amacam novel aku ni ???ok tak?aiseyman...suspen x???actually saja menghabiskan masa-masa yang terluang..nak pi beraya pun mata still not ok, so ni yang dok mereben meraban nih..


Wednesday, September 23, 2009

Redha

Salam Ei'dulfitri untuk hari yang ke-5...janji nak update pada hari raya ke-2 tetapi tak diizinkan oleh Allah SWT kerana aku telah dijangkiti sakit mata yang agak teruk..ni semue tak lain tak bukan berjangkit dekat anak menakan aku yang sweet tu iaitu NANA..dialah pembawa virus ni...eh..eh..tak adalah, ini semua daripada Dia...adalah hikmah di sebaliknya yang tersembunyi..

oh ya..nak tau tak apa yang terjadi pada hari raya ke-2???jeng..jeng..

Plan nak pi raya ke Penang awal pagi memang tak menjadi pasai tetamu bertalu2 mai raya..Alhamdulillah dalam pukul 4pm barulah sempat kami cilok..masa ni bijik mata aku dah rasa ber'seqhegai' dah.. sampai ja penang dalam pukul 4.30pm..terus pi beraya keluarga terdekat my hubby...dalam waktu maghrib memang badan pun dah rasa seram sejuk macam nak demam..mata pulak dok rasa berdenyut..

apalagi dalam pukul 8.30pm terus balik ke seberang singgah rumah abang fuad kat jalan baru, perai..semakin lama semakin terasa lain macam ja..terus ajak hubby pi klinik..
Sampai ja kat penaga niat di hati nak teruskan saja plan nak buat laksa tapi kesihatan tak mengizinkan lalu aku pun tidoq la awai sikit..kepala pun rasa nk 'beng' dah..

Lepas ja subuh start la operasi aku yang tertinggal tu..iaitu buat kuah laksa special hari tu.. buat pun dengan hati yang penuh ikhlas dan penuh kasih sayang...hehehe...takde la..saja je buat citer..

Actually aku buat laksa ni adalah untuk menjayakan satu ' program' yang penuh bermakna bagi diri aku tapi apakan daya hajat tak sampai..ada hikmah disebalik semua ini terjadi..
Dan 'program' tersebut dijayakan oleh kakak kesayangan aku dan ank menakan tersayang...
so, aku rasa lega dan amat berpuashati dengan 'program' yang berjalan lancar itu..Itupun dengan keizinan daripapa Allah SWT juga. Kita cuma merancang tetapi Allah menentukan segalanya...tapi bagi aku ia benar2 mengembirakan hati aku, itu sudah cukup bermakna...tahun ini jugalah adalah raya yang paling unik & ekslusif bagi diri ini.

Jadi sebagai hamba yang kerdil ini aku redha apa yang telah Allah tentukan buat diriku ini..semua ini mengajar agar aku lebih matang dan sedikit sebanyak memberi kefahaman tentang apakah itu sebuah kehidupan..

so, mata pun tak betoi2 sihat lagi..aku rasa n3 kali ni sampai di sini saja..

Wasaalam..


Sunday, September 20, 2009

Salam Eidulfitri 1430H..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini kita masih lagi sempat menunaikan rukun Islam yang ke-3 bersama keluarga tersayang...

Firstday raya bagi aku, seperti tahun2 yang lepas raya kat Penaga la...memang tak boleh pi mana2 cos rumah mak sentiasa dikunjungi ramai ank2 menakan sebelah bapak n sebelah mak.. Rasa letih jugak la cos sorang sj dok melayan ketupat rendang kat dapoq..(jadi bibik ler..)..Apa taknye..tahun ni kakak sulungku spt biasa dia akn pi penang dlu..sis azian aku pulak tahun ni raya kat Ipoh..amie pulak kat aloq staq..alah..boring betullla...Mujurla abang n family sampai jugak dlm tengahari camtu...lega la jugak..

Selalu aku akan masak laksa pada hari raya pertama..tapi tahun ni aku tukar ke hari raya ke-3...cos mak kata tiap2 tahun laksa..boring gak...tapi benda alah tu adalah 'peberet' kami sekeluarga kecuali mak..Lagi satu sebab mungkin tahun ni 'special' sikit kot..tu la ada sedikit perubahan menu...yang tu kena tungguu...nanti kita citer lain next n3 ok..

Tetamu yang terakhir pulang adalah anak menakan bapak...dekat2 pukul 12pm gak...Bila semua dah balik barula boleh layan blog ni..Lama gak aku tak update blog ni..mmg bz sgt2 dgn qeja kat ofis belambak2, dengan ank nak exam(alhamdulillah dah selesai 1 bab)..lagi satu sebab aku malaih dan tak ada idea nak karang..lepas ni InsyaAllah kot..doa2 la...

opps...lupa la pulak gtau ni!esok masa aku untuk keluar beraye....haha..bestnyer...nak ziarah family sebelah hubby pulak.So, pada yang memandu untuk keluar beraya, berhati2 di jalan raya... Ingat orang tersayang, malang tak berbau..jangan lupa baca doa naik kenderaan & suratul Qursi..Ameen..

InsyaAllah jika diizinkan Allat SWT, kita akan berjumpa lagi n3 untuk raya ke-2 ok..

Wassalam...

Saturday, August 29, 2009

kena pi qeja jugak...

Salam Sabtu..

Hari ni aku nak crita sikitla.. aku punyala boring pasai aku kena p qeja w'pun hari ni cuti..maklumla..hujung2 bulanla katakan...memandangkan target x dpt seperti yang diinginkan oleh 'kompeni' aku ni, terpaksala berhempas pulas demi 'kompeni' aku yg aku sayang..hehehe

Boring sgt tu bukannya apa, cuma terlepas nikmat tido yg jarang2 aku dpt..huhuhu..dh la dua tiga hari ni dok hujan x berenti2..tu yg syok tu...

Lepas je sahur td pg, aku terus mengemas, pastu sis aku ajak pi market dgn mak, apa lagi..inilah peluang aku nk keluar lgpun ank2 n hubby still dok tidoq. Mula2 p market penaga cari daging n sayur. Pastu terus pi market pmtg manggis,KB. Aku plan nk buat keli bakar petang ni, punya la dok mencari ikan keli tapi hampeh sekoq pun x jumpa..xpala nk buat cmana dh xdk rezki..Bukan apa hari ni ada gethering berbuka smue family kt rumah mak. Smuenya suka makan ikan keli bakar... next time la makcik buatkan yer...

Lepas dah selesai membeli, aku terus pi qeja..sampai ofis Punch In lebih kurang pkul 10:20am. Rasa mengantuk jugakla..tp gagah pi la..qeja belambak!Dh agk2 pkul 3:20 pm aku dh x thn, rasa mcm nk pengsan pun ada, kebetulan smue qeja aku dh habih apalagi chow chin chau ler...Punch Out!
Sampai je rumah mak "rakyat jelata" dh makin ramai...aku terlelap sekejap!ngantuk bangat sih!
Sempat juga layan mimpi aku lebih kurang 1/2 jam. Pastu apa lagi bermulalah qeja dapoq pulak...n membakaq ikan kembung fresh yang dibeli oleh bapak aku kt Bagan Tambang-tmpat nelayan bok naik ikan fresh2 (dh keli xdk-kembung pun kembungla..).

Letih...letih...letih...dh ngantuk nih...jumpa lagi 4de next N3..InsyaAllah...

Wassalam...

p/s-di ketika aku menulis N3 ni, hujan masih turun dgn lebatnya...inilah rahmat dari Allah SWT. Moga dgn rahmat drNya ini juga dpt menghentikan wabak H1N1 dari terus merebak...buang segala2 virus2 yg berlegar di udara di serata dunia.
Wallahu a'lam bissawab...