Sunday, September 27, 2009

..realiti rupanya..

salam untuk siapa saja yang sudi membaca renteten blog aku ni...

kali ini aku ingin bercerita sedikit tentang kisah yang aku fikirkan kolot masih ada di zaman realiti ini..itulah kehidupan ye tak..?ok..gini.. tak payahlah aku sebutkan nama-nama yang terlibat, tetapi hayatilah cerita ini sebahagian daripada pengajaran hidup kita.

Pada lebih kurang 20 tahun yang lepas..sepasang suami isteri yang bahagia bersama 3 orang ank lelaki mereka telah merantau ke luar negara. Ini adalah kerana si suami telah melanjutkan pelajaran ke sana. Di sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..Si suami diuji oleh kejujuran si isteri, lantas diceraikannya. Apalagi dengan anak-anak yang masih kecil, di bawa pulang untuk di serahkan kepada abang sendiri untuk di jaga sementara si suami terpaksa meneruskan pengajian di sanasehingga selesai. Selepas selesai semuanya, si suami balik ke tanahair untuk meneruskan hidup bersama anak-anak tanpa isteri di sisi.

Biasala bila duda beranak 3 (anak2nya pula semuanya lelaki), faham-faham sajalah..desakan demi desakan dari pihak yang menjaga anak-anaknya membuatkan dia terpaksa mencari seorang ibu ataupun mak tiri untuk memelihara mereka 3 beradik ini. Semua ini adalah ketentuan Allah SWT, kalau dah jodoh tu jodohlah...akhirnya si suami pun bernikah demi anak-anak walaupun perasaan sayang yang amat sangat masih ada di hatinya pada bekas isterinya dulu.

Anak-anak pula bila dah dapat pengganti mestilah tidak sama seperti ibu kandung sendiri kan. Banyak tekanan, banyak masalah dan macam-macam lagi..Dah tu pulak si ibu tiri adalah seorang wanita yang belum pernah dinikahi oleh sesiapapun(ank dara la...). Jadi, banyak lagilah masalahnya..

Di pendekkan cerita, bila sekarang barulah terbongkar segalanya..selepas 20 tahun barulah tersedar segala pokok pangkal ceritanya...nak tahu apadia??? tak sangka si ibu tiri yang selama ini menunjukkan manis di depan famili rupanya berperangai buruk di belakang (bukan saja2 nak cakap tapi mmg ada bukti pun). Si suami ini mmg ada banyak harta, tanah berekar-ekar, duit bertimbun-timbun..tiba-tiba bila si suami sakit, si isteri terus kata tak ada sesen pun duit untuk menjalani rawatan. Sehinggakan sanggup meyuruh si suami menjual lagi saki baki tanah yang berharga jutaan ringgit..apa sudah jadi??dh muflis ke? tanah-tanah si suami yang sebelum ini di jual berjuta ringgit telah di beli pula atas nama si isteri di kampung halaman si isteri 'tersayang'. Duit gaji yang berbelas ribu setiap bulan di pegang oleh si isteri rupanya...kad ATM pula memang sentiasa di pegang oleh si isteri...apa dah jadi pada lelaki yang bernama suami ini??

o..rupanya ada perancangan besar yang di buat oleh si isteri sebelum si suami itu terkubur sendiri...mungkin kerana takut dengan bayang sendiri kerana dia sendiri tiada anak untuk di warisi..

Entahla dunia..dunia..banyak pentingkan wang ringgit lagi dari harga diri..sekarang pula anak-anak barulah sedar dan bersepakat untuk buat sesuatu pada hak ayah mereka dan juga hak mereka sebagai anak lelaki. Entah tercapai ataupun tidak perancangan ini..semuanya ketentuan Ilahi...Wallah hu'alam bissawab..

Jadi kita sebagai hamba Allah yang naif ini, jangan terjebak dalam rentetan hidup ini..kerana kaya macamana sekalipun itu hanyalah pinjaman sementara dari Allah Taala, tidak boleh di bawa sampai ke liang lahat. Yang baik itu kita jadikan tauladan yang buruk itu jadikanlah sempadan untuk kita.

Semua yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang tidak baik itu adalah atas kelemahan diri ini sendiri.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment