Thursday, September 24, 2009

Aku Wanita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-6 Syawal yang mulia..hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia.

Di kala ini hati aku berkata-kata sendirian, apakah yang aku cari dalam hidup aku ini?? Kadang-kadang jiwa aku kosong, kadang-kadang juga jiwa aku ingin memberontak, ingin meluahkan apa yang berkocak di dalam hati ini..tapi apakan daya..mungkin juga aku ini cuma seorang wanita biasa yang tidak mampu berbuat apa-apa. Mungkin juga aku hanya perlu berdoa dan terus berdoa untuk meneruskannya..atau aku hanya perlu banyak bersabar???

Ya..inilah kehidupan kan..walaupun riak wajah ceria bagai tidak pernah dirundung apa-apa masalah aku tetap akur..yang hidup mestilah diteruskan dengan tabah..aku perlu bangkit dengan semangat waja..dan aku perlu perbanyakkan zikir munajat kepada Allah Taala, beristifar & banyakkan menunaikan solat2 sunat tahajud, taubat serta banyak lagi..Ini mungkin juga kifarah atas dosa2 aku yang terdahulu supaya dapat aku bermuhasabah untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa kepadaNya.

Bukannya mahu mengenang kembali sejarah silam tetapi ingin berkongsi pengalaman. Sedikit madah untuk tatapan..
"Jangan di simpan kata-kata cinta itu pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan itu di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...
"

Hahaa....amacam novel aku ni ???ok tak?aiseyman...suspen x???actually saja menghabiskan masa-masa yang terluang..nak pi beraya pun mata still not ok, so ni yang dok mereben meraban nih..


No comments:

Post a Comment