Tuesday, July 28, 2009

LELAKI SEJATI..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bercakap tentang lelaki, semua wanita mempunyai impian mengenai lelaki idaman mereka. Pastilah lelaki yang diimpikan seorang lelaki gagah, hebat, penuh kasih sayang dan pengertian. Sentiasa memahami apa yang wanita inginkan, bercakap penuh sopan dan berbicara romantis dan tidak kurang juga yang mengidamkan agar dikurniakan suami seorang yang kacak tampan dan bergaya, kaya dan berharta dan kekedudukan serta pelbagai kategori lelaki yang diimpikan wanita.

Bagi yang sedang mencari pasangan, ia boleh dijadikan panduan dan untuk yang sudah memiliki lelaki idaman, bersyukurlah kerana Allah telah memberikan rahmatNya kepada kita. Siapa pun dia pasangan kita, dia adalah yang terbaik selagi kita tahu menghargainya. Allah telah mamberikan kita hati, maka dengan hati itulah kita berkasih sayang dan memupuk rasa cinta...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang sekitarnya...Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa..Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah..Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu..Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibacanya...Berdoalah kepada Allah agar pasangan kita adalah lelaki sejati seperti ini...

Wallahua'lam..

7 comments:

  1. tima kasih ler..curik idea dr magazine..

    ReplyDelete
  2. Husband2 kita beruntung dpt kita sbg isteri mithali depa.. Wanita Sejati.. hahaha..

    (sj nak buat perasan.. tggu depa puji, lambatlah..!!!)

    ReplyDelete
  3. lelaki ni bknnya jenis puji depan2, dia simpan je dlm hati. Xdenye nak puji dpn2, kalau puji dpn tu tanda x ikhlas la tu....sj nak amik ati wanita sejati......hehheh

    ReplyDelete
  4. kja- betoi tu kja betoi..110%..x silap dh..lelaki mmg cmtu...xpa kita ni mmg slalu perasan kan..kan...hehehe..

    kash- mr cash, kdg2 isteri perlukan pujian (appreciate) dr suami..kena faham tu...belajarlah memuji isteri anda slalu..

    ReplyDelete
  5. mmg dasar pompuan suka kepada pujian, tapi laki dia puji ikut pd tempatnya. Bkn semberono main puji je. Bkn apa..sebab x nak si isteri jadi merak dan riak...pastu mula la hidung kembang kempis....hehe sekadar pendapat sbg seorg lelaki, betul atau tidak bukan isunya. terpulang pd penerimaan masing2. Wallahuaalam

    ReplyDelete
  6. kash-whatever.........................!!!!

    ReplyDelete