Saturday, August 29, 2009

kena pi qeja jugak...

Salam Sabtu..

Hari ni aku nak crita sikitla.. aku punyala boring pasai aku kena p qeja w'pun hari ni cuti..maklumla..hujung2 bulanla katakan...memandangkan target x dpt seperti yang diinginkan oleh 'kompeni' aku ni, terpaksala berhempas pulas demi 'kompeni' aku yg aku sayang..hehehe

Boring sgt tu bukannya apa, cuma terlepas nikmat tido yg jarang2 aku dpt..huhuhu..dh la dua tiga hari ni dok hujan x berenti2..tu yg syok tu...

Lepas je sahur td pg, aku terus mengemas, pastu sis aku ajak pi market dgn mak, apa lagi..inilah peluang aku nk keluar lgpun ank2 n hubby still dok tidoq. Mula2 p market penaga cari daging n sayur. Pastu terus pi market pmtg manggis,KB. Aku plan nk buat keli bakar petang ni, punya la dok mencari ikan keli tapi hampeh sekoq pun x jumpa..xpala nk buat cmana dh xdk rezki..Bukan apa hari ni ada gethering berbuka smue family kt rumah mak. Smuenya suka makan ikan keli bakar... next time la makcik buatkan yer...

Lepas dah selesai membeli, aku terus pi qeja..sampai ofis Punch In lebih kurang pkul 10:20am. Rasa mengantuk jugakla..tp gagah pi la..qeja belambak!Dh agk2 pkul 3:20 pm aku dh x thn, rasa mcm nk pengsan pun ada, kebetulan smue qeja aku dh habih apalagi chow chin chau ler...Punch Out!
Sampai je rumah mak "rakyat jelata" dh makin ramai...aku terlelap sekejap!ngantuk bangat sih!
Sempat juga layan mimpi aku lebih kurang 1/2 jam. Pastu apa lagi bermulalah qeja dapoq pulak...n membakaq ikan kembung fresh yang dibeli oleh bapak aku kt Bagan Tambang-tmpat nelayan bok naik ikan fresh2 (dh keli xdk-kembung pun kembungla..).

Letih...letih...letih...dh ngantuk nih...jumpa lagi 4de next N3..InsyaAllah...

Wassalam...

p/s-di ketika aku menulis N3 ni, hujan masih turun dgn lebatnya...inilah rahmat dari Allah SWT. Moga dgn rahmat drNya ini juga dpt menghentikan wabak H1N1 dari terus merebak...buang segala2 virus2 yg berlegar di udara di serata dunia.
Wallahu a'lam bissawab...

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Salam ukhuwah sempena Ramadhan yang mulia ini..Semoga kita sentiasa diberkati dan diredhoi olehNya.

Semalam kita sudah pun selesai menjalani malam pertama untuk solat sunat Terawih..Alhamdulillah kita masih lagi di sini, masih boleh melakukan kerja-kerja seperti biasa di bulan yang penuh kenikmatan dan penuh keberkatan, masih lagi sempat bersahor untuk hari yang pertama Ramadhan, 1430H.

Alhamdulillah juga setelah sekian lama meninggalkan sunat terawih berjemaah di surau(atas alasan tanggungjawab kepada anak2 & mungkin juga faktor jarak perjalanan tempat kerjaku yg terdahulu -boleh ambil kira ka alasan ini), semalam aku telah berpeluang mendapatkan kenikmatan itu. Yang selalu aku rindukan. Al-maklumlah anak-anak pun semakin membesar jadi aku pun mengambil kesempatan ini juga untuk bawa mereka sekali pada terawih kali ini.

Jemaah di Surau Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar dipimpim oleh imam bertugas iaitu Ustaz Muhammad. Masyaallah, hati terdetik rasa terharu kerana begitu ramai jemaah memenuhi surau itu. Sampaikan ada yang terpaksa berhimpit-himpit dan aku sendiri terpaksa bersolat di bahagian tingkat bawah surau, itulah hebatnya Ramadhan. Walaupun tatkala ini kita sibuk memperkatakan tentang wabak H1N1, tetapi kita sebagai umat Muhammad S.A.W tetap beribadah, berpusu-pusu mendapat keredhoanNya...(beribadahlah seperti dunia akan qiamat esok dan bekerjalah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi).. .

Setelah selesai melakukan sunat terawih kami terus 'dihidangkan' sedikit tazkirah yang bertajuk NIAT(nawaitu). Setiap manusia di muka bumi ini masing-masing ada niat atau perancangannya tersendiri pada setiap pekerjaan yang dilakukan. Kita sebagai muslimin sejati juga harus ada niat yang suci terpahat di dalam hati kita iaitu menjadi muslimin yang mendapat kebahagian dunia dan yang paling penting sekali akhirat. Semoga kita dapat melakukan yang terbaik bukan untuk ramadhan kali ini sahaja bahkan pada hari-hari seterusnya. Ameen..

Setelah selesai tazkirah Ustaz Muhammad terus memakmumkan jemaah dengan solat withir bersama dengan Dua' Qunut Nadzilah(dua' tolak bala).. Hanya kepadaNya kita meminta kerana semua ini datangnya dari perancanganNya. Semua ini adalah ujian dariNya supaya kita lebih peka dan tidak leka.

Ini nk crita sikit bab makan pulak.. (aku edit benda ni hari sabtu pagi, tapi bila mata tak tahan asyik nak terpejam jer..aku save la dlm draft. so, post dlm blog lambatla sikit..faham-faham je la...)perkara inilah yang paling pening sekali time bulan posa. Selalu dok pikiaq cari menu. Malam pertama bersahor mak masak daging masak kurma. Bila time buka posa mak suggest nak buat "gado-gado". Apalagi akula orang yang bertanggungjawab pi beli pekakaih nak buat benda alah tu...Fuh...lama dah tak pekena "gado-gado" nih.. Lauk simple jer ..aku just masak ayam kicap. Tumbuk sambal berulamkan broccoli dan pucuk kari(daun kari).




yummy.. yummy.. meh berbuka sekali..

Monday, August 17, 2009

Perjuangan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Lama juga aku tak update blog ni..sibuk sangat ke??ataupun saja menyibukkan diri..ntah aku pun x pasti..yang pasti aku mmg sibuk pun..

Semalam (ahad), pusat tuisyen Dbah mengadakan bacaan Yasin di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah utk tahun 6(upsr). So, aku n my hubby pun turut serta dlm majlis tersebut.

Apa yang hendak dikongsikan bersama di sini, aku begitu tertarik dgn ucapan dari Pengetua pusat tuisyen tersebut iaitu Cikgu Nazir. Katanya-:

"kami akan berjuang sehingga ke akhir hayat kami untuk membantu anak2 murid kami walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Seperti wabak H1N1 yang semakin hari semakin menjadi2 ini, kami tidak akan patah semangat dalam memperjuangkan misi kami. Kepada para ibu bapa kami berterima kasih kerana menyokong kami, kerana percayakan kami walaupun ada desas desus segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan cara kami. Kami minta ibu2 bapa2 semua ampunkan kami dari hujung rambut sehinggala ke hujung kaki, jika sekiranya terdapat kekurangan dari pihak kami memberikan ilmu kepada anak2 yang bakal menjadi khalifah yg diredhoi Allah dunia dan juga akhirat. Juga kami redho dan kami juga halalkan segala pengajaran/ilmu yg kami curahkan kpd ank2 abg2 dan kakak2 sekalian. Harus diingat, kami akan teruskan perjuangan ini sehingga ke akhir hayat kami, InsyaAllah... Dan juga jika anak2 kita tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dlm UPSR ini, jangan sekali2 menjadikan titik noktah perjalanan hidup anak2 kita tetapi jadikanlah ia sebagai permulaan perjalanan hidup...-perjuangan kita belum lagi selesai-"

Berlinang air mata aku setelah mendengar ucapan yang aku kira begitu ikhlas dari seorang guru yang sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak bangsa kita..Aku juga bersyukur kerana tidak tersalah menghantar anak sulungku ke pusat tuisyen tersebut walaupun banyak tanggapan2 negatif yang pernah aku dengar sebelum ini..Moga Allah memberkati niat ikhlas guru2 di situ. Ameen...

Sebaik saja selesai solat Isya' , kami terus dipimpin oleh Ustaz Nazri untuk menunaikan solat Hajat. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah jauh dari wabak yang melanda negara kita sekarang selain hajat2 yang ingin hajati untuk kejayaan di dunia dan akhirat nanti..Wallahu a'lam..

** teringat ttg kisah arwah Ustaz Asri(Rabbani), mempejuangkan dakwah nasyid sehingga ke akhir hayatnya...Al-Fatihah

Thursday, August 6, 2009

HAZE...H1N1....

Salam ceria di malam Jumaat.

Maaf cos lama tak update blog ni..faktor2 yg agak ketara mempengaruhi aku ialah ketandusan idea, dua tiga hari kebelakangan ni partner tak mai qeja so kena relief dia, qeja kena kampui sorang2 le..,n lg 1 faktor malas..(spt kata rakan seperjuangan aku- urat baloq dah timboi)..rasa mcm mau je delete smue yg ada tapi bila fikir2 balik rugila jugak..entah esok lusa mana nk tau, ni sajala kenangan terindah yg aku tinggal kalau aku dh tak dak nnt.huhuhuhu..

Ank2 lately ni tak brapa sihat, faktor cuaca-jerebu yg teruk, dgn ditambah pula wabak H1N1 la..risau juga dgn penyakit2 zaman milenium ni..Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha n berdoa agar wabak ini akan berakhir, dgn izin Allah, InsyaAllah. Sama2lah kita buat solat hajat bg membendung wabak ini.

Nak share la sedikit info, kat area Kepala Batas, Penaga n Telok Air Tawar almost semua sekolah ditutup 1 mggu atas arahan Kementerian Pendidikan dgn menularnya wabak H1N1 ni..aku pun dok suspen ni..aku rasa bukan aku sorang malah ramai lagi mak bapak 1 M'sia ni sure suspen kan.. buat masa sekarang sekolah anak aku belajar, Alhamdulillah masih beroperasi seperti biasa..harap2 ok la.

Baru ni, aku bawa ank yg sulung pi klinik...cuak juga bila tgk semua pesakit dlm klinik pakai facemask..apalagi..aku pun cepat2 masuk balik dlm qeta pakai, apalg ank aku yg sulung tu mulalah buat muka seposen kt aku...malu pulak!mujoqla aku beli buat spare dlm qeta..bila pikiaq2 balik lucu pun ada..tp main dgn wabak yg boleh merebak tanpa mengira usia ni aku akur...mcm kt labour room la pulak! pengalaman yg tak dpt dilupakan..

So, kita sebagai hambaNya kena redha. Mungkin ini satu ujian utk kita dan mungkin juga ia musibah utk kita renung kembali di mana kita dan ke mana kita sekarang..tepuk dada tanya Iman..

Wassalam...