Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Salam ukhuwah sempena Ramadhan yang mulia ini..Semoga kita sentiasa diberkati dan diredhoi olehNya.

Semalam kita sudah pun selesai menjalani malam pertama untuk solat sunat Terawih..Alhamdulillah kita masih lagi di sini, masih boleh melakukan kerja-kerja seperti biasa di bulan yang penuh kenikmatan dan penuh keberkatan, masih lagi sempat bersahor untuk hari yang pertama Ramadhan, 1430H.

Alhamdulillah juga setelah sekian lama meninggalkan sunat terawih berjemaah di surau(atas alasan tanggungjawab kepada anak2 & mungkin juga faktor jarak perjalanan tempat kerjaku yg terdahulu -boleh ambil kira ka alasan ini), semalam aku telah berpeluang mendapatkan kenikmatan itu. Yang selalu aku rindukan. Al-maklumlah anak-anak pun semakin membesar jadi aku pun mengambil kesempatan ini juga untuk bawa mereka sekali pada terawih kali ini.

Jemaah di Surau Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar dipimpim oleh imam bertugas iaitu Ustaz Muhammad. Masyaallah, hati terdetik rasa terharu kerana begitu ramai jemaah memenuhi surau itu. Sampaikan ada yang terpaksa berhimpit-himpit dan aku sendiri terpaksa bersolat di bahagian tingkat bawah surau, itulah hebatnya Ramadhan. Walaupun tatkala ini kita sibuk memperkatakan tentang wabak H1N1, tetapi kita sebagai umat Muhammad S.A.W tetap beribadah, berpusu-pusu mendapat keredhoanNya...(beribadahlah seperti dunia akan qiamat esok dan bekerjalah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi).. .

Setelah selesai melakukan sunat terawih kami terus 'dihidangkan' sedikit tazkirah yang bertajuk NIAT(nawaitu). Setiap manusia di muka bumi ini masing-masing ada niat atau perancangannya tersendiri pada setiap pekerjaan yang dilakukan. Kita sebagai muslimin sejati juga harus ada niat yang suci terpahat di dalam hati kita iaitu menjadi muslimin yang mendapat kebahagian dunia dan yang paling penting sekali akhirat. Semoga kita dapat melakukan yang terbaik bukan untuk ramadhan kali ini sahaja bahkan pada hari-hari seterusnya. Ameen..

Setelah selesai tazkirah Ustaz Muhammad terus memakmumkan jemaah dengan solat withir bersama dengan Dua' Qunut Nadzilah(dua' tolak bala).. Hanya kepadaNya kita meminta kerana semua ini datangnya dari perancanganNya. Semua ini adalah ujian dariNya supaya kita lebih peka dan tidak leka.

Ini nk crita sikit bab makan pulak.. (aku edit benda ni hari sabtu pagi, tapi bila mata tak tahan asyik nak terpejam jer..aku save la dlm draft. so, post dlm blog lambatla sikit..faham-faham je la...)perkara inilah yang paling pening sekali time bulan posa. Selalu dok pikiaq cari menu. Malam pertama bersahor mak masak daging masak kurma. Bila time buka posa mak suggest nak buat "gado-gado". Apalagi akula orang yang bertanggungjawab pi beli pekakaih nak buat benda alah tu...Fuh...lama dah tak pekena "gado-gado" nih.. Lauk simple jer ..aku just masak ayam kicap. Tumbuk sambal berulamkan broccoli dan pucuk kari(daun kari).




yummy.. yummy.. meh berbuka sekali..

6 comments:

  1. ni yg buat terliuq ni...teringin nak makan daging dendeng

    ReplyDelete
  2. tnya ckit, daging dendeng tu cmana?

    ReplyDelete
  3. Ntah la, nak habaq mcmana pun x tau...nanti letak entry resipi dlm blog

    ReplyDelete
  4. thanks ya cos bg resepi tu, InsyaAllah akn d cuba..mcm chef la..rugi2..klu x bleh masak skali!

    ReplyDelete
  5. try la, pastu pos mai sini...nak rasa sedap ke tak? heheh

    ReplyDelete