Lama juga aku tak update blog ni..sibuk sangat ke??ataupun saja menyibukkan diri..ntah aku pun x pasti..yang pasti aku mmg sibuk pun..
Semalam (ahad), pusat tuisyen Dbah mengadakan bacaan Yasin di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah utk tahun 6(upsr). So, aku n my hubby pun turut serta dlm majlis tersebut.
Apa yang hendak dikongsikan bersama di sini, aku begitu tertarik dgn ucapan dari Pengetua pusat tuisyen tersebut iaitu Cikgu Nazir. Katanya-:
"kami akan berjuang sehingga ke akhir hayat kami untuk membantu anak2 murid kami walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Seperti wabak H1N1 yang semakin hari semakin menjadi2 ini, kami tidak akan patah semangat dalam memperjuangkan misi kami. Kepada para ibu bapa kami berterima kasih kerana menyokong kami, kerana percayakan kami walaupun ada desas desus segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan cara kami. Kami minta ibu2 bapa2 semua ampunkan kami dari hujung rambut sehinggala ke hujung kaki, jika sekiranya terdapat kekurangan dari pihak kami memberikan ilmu kepada anak2 yang bakal menjadi khalifah yg diredhoi Allah dunia dan juga akhirat. Juga kami redho dan kami juga halalkan segala pengajaran/ilmu yg kami curahkan kpd ank2 abg2 dan kakak2 sekalian. Harus diingat, kami akan teruskan perjuangan ini sehingga ke akhir hayat kami, InsyaAllah... Dan juga jika anak2 kita tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dlm UPSR ini, jangan sekali2 menjadikan titik noktah perjalanan hidup anak2 kita tetapi jadikanlah ia sebagai permulaan perjalanan hidup...-perjuangan kita belum lagi selesai-"
Berlinang air mata aku setelah mendengar ucapan yang aku kira begitu ikhlas dari seorang guru yang sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak bangsa kita..Aku juga bersyukur kerana tidak tersalah menghantar anak sulungku ke pusat tuisyen tersebut walaupun banyak tanggapan2 negatif yang pernah aku dengar sebelum ini..Moga Allah memberkati niat ikhlas guru2 di situ. Ameen...
Sebaik saja selesai solat Isya' , kami terus dipimpin oleh Ustaz Nazri untuk menunaikan solat Hajat. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah jauh dari wabak yang melanda negara kita sekarang selain hajat2 yang ingin hajati untuk kejayaan di dunia dan akhirat nanti..Wallahu a'lam..
** teringat ttg kisah arwah Ustaz Asri(Rabbani), mempejuangkan dakwah nasyid sehingga ke akhir hayatnya...Al-Fatihah

Wah, semakin maju dlm penulisan, bagus, teruskan menulis, semoga dari penulisan kita dapat memberi sedikit manfaat buat org yg membacanya.
ReplyDeletebyk kekurangannya, x mcm org tu..anyway tenkiu!
ReplyDelete