Wednesday, September 30, 2009

hujung bulan yang tenang...

Salam..hari ini adalah hari terakhir untuk bulan September 2009. selalunya hari2 sebegini adalah hari yang paling sibuk bagi aku merangkap orang kuat di jabatan /bahagian /department aku.

Tapi dengan tak di sangka2 buah cempedak dh jadi nangka..hari ini aku balik awai memandangkan target dah cukup...so, semua dah complete except satu benda jer..iaitu nak buat housekeepin & filing agreement yang belambak-lambak kat belakang tempat aku..benda tu semua nak kena ada mood betul2 baru boleh buat..lagipun masa tak mengizinkan asyik rushing benda yang lebih penting, tu yang membuatkan benda tu bertimbun2...

Lately ni, aku rasa betul2 tenang dan semangat bekerja pun lain macam jer..ntah kenapa agaknya..rasa gembira sekarang..tak seperti sebelum ni..rasa kosong jer..mungkin juga aku sekarang ni selalu mendengar tazkirah2 dari sahabat lamaku..hati aku rasa benar2 terisi dengan ilmu2 yang selalu dia ceritakan..sedikit sebanyak membuatkan aku selalu dan sentiasa merindui tazkirah darinya...

Oh dear....aku dah rasa ngantuk ni..nak kena tidoq awaila.. esok pulak partner cuti..so bersilat la sorang2..tata..titi..tutu..

Wassalam...

Sunday, September 27, 2009

..realiti rupanya..

salam untuk siapa saja yang sudi membaca renteten blog aku ni...

kali ini aku ingin bercerita sedikit tentang kisah yang aku fikirkan kolot masih ada di zaman realiti ini..itulah kehidupan ye tak..?ok..gini.. tak payahlah aku sebutkan nama-nama yang terlibat, tetapi hayatilah cerita ini sebahagian daripada pengajaran hidup kita.

Pada lebih kurang 20 tahun yang lepas..sepasang suami isteri yang bahagia bersama 3 orang ank lelaki mereka telah merantau ke luar negara. Ini adalah kerana si suami telah melanjutkan pelajaran ke sana. Di sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..Si suami diuji oleh kejujuran si isteri, lantas diceraikannya. Apalagi dengan anak-anak yang masih kecil, di bawa pulang untuk di serahkan kepada abang sendiri untuk di jaga sementara si suami terpaksa meneruskan pengajian di sanasehingga selesai. Selepas selesai semuanya, si suami balik ke tanahair untuk meneruskan hidup bersama anak-anak tanpa isteri di sisi.

Biasala bila duda beranak 3 (anak2nya pula semuanya lelaki), faham-faham sajalah..desakan demi desakan dari pihak yang menjaga anak-anaknya membuatkan dia terpaksa mencari seorang ibu ataupun mak tiri untuk memelihara mereka 3 beradik ini. Semua ini adalah ketentuan Allah SWT, kalau dah jodoh tu jodohlah...akhirnya si suami pun bernikah demi anak-anak walaupun perasaan sayang yang amat sangat masih ada di hatinya pada bekas isterinya dulu.

Anak-anak pula bila dah dapat pengganti mestilah tidak sama seperti ibu kandung sendiri kan. Banyak tekanan, banyak masalah dan macam-macam lagi..Dah tu pulak si ibu tiri adalah seorang wanita yang belum pernah dinikahi oleh sesiapapun(ank dara la...). Jadi, banyak lagilah masalahnya..

Di pendekkan cerita, bila sekarang barulah terbongkar segalanya..selepas 20 tahun barulah tersedar segala pokok pangkal ceritanya...nak tahu apadia??? tak sangka si ibu tiri yang selama ini menunjukkan manis di depan famili rupanya berperangai buruk di belakang (bukan saja2 nak cakap tapi mmg ada bukti pun). Si suami ini mmg ada banyak harta, tanah berekar-ekar, duit bertimbun-timbun..tiba-tiba bila si suami sakit, si isteri terus kata tak ada sesen pun duit untuk menjalani rawatan. Sehinggakan sanggup meyuruh si suami menjual lagi saki baki tanah yang berharga jutaan ringgit..apa sudah jadi??dh muflis ke? tanah-tanah si suami yang sebelum ini di jual berjuta ringgit telah di beli pula atas nama si isteri di kampung halaman si isteri 'tersayang'. Duit gaji yang berbelas ribu setiap bulan di pegang oleh si isteri rupanya...kad ATM pula memang sentiasa di pegang oleh si isteri...apa dah jadi pada lelaki yang bernama suami ini??

o..rupanya ada perancangan besar yang di buat oleh si isteri sebelum si suami itu terkubur sendiri...mungkin kerana takut dengan bayang sendiri kerana dia sendiri tiada anak untuk di warisi..

Entahla dunia..dunia..banyak pentingkan wang ringgit lagi dari harga diri..sekarang pula anak-anak barulah sedar dan bersepakat untuk buat sesuatu pada hak ayah mereka dan juga hak mereka sebagai anak lelaki. Entah tercapai ataupun tidak perancangan ini..semuanya ketentuan Ilahi...Wallah hu'alam bissawab..

Jadi kita sebagai hamba Allah yang naif ini, jangan terjebak dalam rentetan hidup ini..kerana kaya macamana sekalipun itu hanyalah pinjaman sementara dari Allah Taala, tidak boleh di bawa sampai ke liang lahat. Yang baik itu kita jadikan tauladan yang buruk itu jadikanlah sempadan untuk kita.

Semua yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang tidak baik itu adalah atas kelemahan diri ini sendiri.

Wassalam...

Thursday, September 24, 2009

Aku Wanita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-6 Syawal yang mulia..hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia.

Di kala ini hati aku berkata-kata sendirian, apakah yang aku cari dalam hidup aku ini?? Kadang-kadang jiwa aku kosong, kadang-kadang juga jiwa aku ingin memberontak, ingin meluahkan apa yang berkocak di dalam hati ini..tapi apakan daya..mungkin juga aku ini cuma seorang wanita biasa yang tidak mampu berbuat apa-apa. Mungkin juga aku hanya perlu berdoa dan terus berdoa untuk meneruskannya..atau aku hanya perlu banyak bersabar???

Ya..inilah kehidupan kan..walaupun riak wajah ceria bagai tidak pernah dirundung apa-apa masalah aku tetap akur..yang hidup mestilah diteruskan dengan tabah..aku perlu bangkit dengan semangat waja..dan aku perlu perbanyakkan zikir munajat kepada Allah Taala, beristifar & banyakkan menunaikan solat2 sunat tahajud, taubat serta banyak lagi..Ini mungkin juga kifarah atas dosa2 aku yang terdahulu supaya dapat aku bermuhasabah untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa kepadaNya.

Bukannya mahu mengenang kembali sejarah silam tetapi ingin berkongsi pengalaman. Sedikit madah untuk tatapan..
"Jangan di simpan kata-kata cinta itu pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan itu di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...
"

Hahaa....amacam novel aku ni ???ok tak?aiseyman...suspen x???actually saja menghabiskan masa-masa yang terluang..nak pi beraya pun mata still not ok, so ni yang dok mereben meraban nih..


Wednesday, September 23, 2009

Redha

Salam Ei'dulfitri untuk hari yang ke-5...janji nak update pada hari raya ke-2 tetapi tak diizinkan oleh Allah SWT kerana aku telah dijangkiti sakit mata yang agak teruk..ni semue tak lain tak bukan berjangkit dekat anak menakan aku yang sweet tu iaitu NANA..dialah pembawa virus ni...eh..eh..tak adalah, ini semua daripada Dia...adalah hikmah di sebaliknya yang tersembunyi..

oh ya..nak tau tak apa yang terjadi pada hari raya ke-2???jeng..jeng..

Plan nak pi raya ke Penang awal pagi memang tak menjadi pasai tetamu bertalu2 mai raya..Alhamdulillah dalam pukul 4pm barulah sempat kami cilok..masa ni bijik mata aku dah rasa ber'seqhegai' dah.. sampai ja penang dalam pukul 4.30pm..terus pi beraya keluarga terdekat my hubby...dalam waktu maghrib memang badan pun dah rasa seram sejuk macam nak demam..mata pulak dok rasa berdenyut..

apalagi dalam pukul 8.30pm terus balik ke seberang singgah rumah abang fuad kat jalan baru, perai..semakin lama semakin terasa lain macam ja..terus ajak hubby pi klinik..
Sampai ja kat penaga niat di hati nak teruskan saja plan nak buat laksa tapi kesihatan tak mengizinkan lalu aku pun tidoq la awai sikit..kepala pun rasa nk 'beng' dah..

Lepas ja subuh start la operasi aku yang tertinggal tu..iaitu buat kuah laksa special hari tu.. buat pun dengan hati yang penuh ikhlas dan penuh kasih sayang...hehehe...takde la..saja je buat citer..

Actually aku buat laksa ni adalah untuk menjayakan satu ' program' yang penuh bermakna bagi diri aku tapi apakan daya hajat tak sampai..ada hikmah disebalik semua ini terjadi..
Dan 'program' tersebut dijayakan oleh kakak kesayangan aku dan ank menakan tersayang...
so, aku rasa lega dan amat berpuashati dengan 'program' yang berjalan lancar itu..Itupun dengan keizinan daripapa Allah SWT juga. Kita cuma merancang tetapi Allah menentukan segalanya...tapi bagi aku ia benar2 mengembirakan hati aku, itu sudah cukup bermakna...tahun ini jugalah adalah raya yang paling unik & ekslusif bagi diri ini.

Jadi sebagai hamba yang kerdil ini aku redha apa yang telah Allah tentukan buat diriku ini..semua ini mengajar agar aku lebih matang dan sedikit sebanyak memberi kefahaman tentang apakah itu sebuah kehidupan..

so, mata pun tak betoi2 sihat lagi..aku rasa n3 kali ni sampai di sini saja..

Wasaalam..


Sunday, September 20, 2009

Salam Eidulfitri 1430H..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini kita masih lagi sempat menunaikan rukun Islam yang ke-3 bersama keluarga tersayang...

Firstday raya bagi aku, seperti tahun2 yang lepas raya kat Penaga la...memang tak boleh pi mana2 cos rumah mak sentiasa dikunjungi ramai ank2 menakan sebelah bapak n sebelah mak.. Rasa letih jugak la cos sorang sj dok melayan ketupat rendang kat dapoq..(jadi bibik ler..)..Apa taknye..tahun ni kakak sulungku spt biasa dia akn pi penang dlu..sis azian aku pulak tahun ni raya kat Ipoh..amie pulak kat aloq staq..alah..boring betullla...Mujurla abang n family sampai jugak dlm tengahari camtu...lega la jugak..

Selalu aku akan masak laksa pada hari raya pertama..tapi tahun ni aku tukar ke hari raya ke-3...cos mak kata tiap2 tahun laksa..boring gak...tapi benda alah tu adalah 'peberet' kami sekeluarga kecuali mak..Lagi satu sebab mungkin tahun ni 'special' sikit kot..tu la ada sedikit perubahan menu...yang tu kena tungguu...nanti kita citer lain next n3 ok..

Tetamu yang terakhir pulang adalah anak menakan bapak...dekat2 pukul 12pm gak...Bila semua dah balik barula boleh layan blog ni..Lama gak aku tak update blog ni..mmg bz sgt2 dgn qeja kat ofis belambak2, dengan ank nak exam(alhamdulillah dah selesai 1 bab)..lagi satu sebab aku malaih dan tak ada idea nak karang..lepas ni InsyaAllah kot..doa2 la...

opps...lupa la pulak gtau ni!esok masa aku untuk keluar beraye....haha..bestnyer...nak ziarah family sebelah hubby pulak.So, pada yang memandu untuk keluar beraya, berhati2 di jalan raya... Ingat orang tersayang, malang tak berbau..jangan lupa baca doa naik kenderaan & suratul Qursi..Ameen..

InsyaAllah jika diizinkan Allat SWT, kita akan berjumpa lagi n3 untuk raya ke-2 ok..

Wassalam...